![]() |
Anak pertama atau bakal melahirkan anak ke berapa? Tahniah, Alhamdulillah. Syukur atas nikmat kurniaan Allah. Ya, anak-anak merupakan anugerah Allah buat setiap pasangan suami isteri.
Untuk yang kali pertama, dalam gembira pasti ada debaran. Biasa, tak pernah lagi. Namun, bukan bermaksud kali yang seterusnya tiada lagi debaran... namun, paling kurang, sudah melalui pengalaman dan tahu tentang persediaan.
Untukmu ibu hamil, semoga sentiasa dalam lindungan Allah di mana jua. Jangan lupa berdoa selalu semoga mudah bersalin..mudah urusan..
Berapa minggu/bulan dah hamil? Pastikan cukup rehat, jangan buat kerja-kerja berat yang boleh menyebabkan ibu hamil rasa stress atau kepenatan. Ingat tau...
Insha-Allah suami sentiasa setia membantu meringankan beban isteri. Terutamanya jika yang dah ada anak-anak. Peranan suami membuat isteri rasa tenang dan lepas gembira.
Saya percaya, insha-Allah para suami sangat mengambil berat hal ini. Ya, tentulah, anak yang dikandung isteri ialah zuriatnya. Semoga bahagia selalu ya.
![]() |
Kalian juga para suami isteri insha-Allah sudah saling berbincang, apa nama sesuai jika lelaki, atau jika perempuan. Sekali lagi tahniah... Insha-Allah didikan dari dalam kandungan lagi bakal melahirkan anak yang soleh solehah.
Ok, Untuk ibu mengandung, sebarang bentuk nasihat doktor, ambil perhatian. Ini kerana untuk mengelakkan janin yang dikandungan ada masalah. Doakan selalu yang baik-baik...
Sebagai contoh, tentang pengambilan ubatan dan herba untuk ibu hamil memang disarankan stop. Dapatkan panduan dari doktor...
Kesihatan sangat perlu dititikberatkan. Suplemen Asid Folik, zat besi dan multivitamin yang menjadi makanan tambahan untuk menambah lagi khasiat dari pengambilan makanan cara yang betul.
Antara vitamin dan suplement yang ibu perlukan adalah asid folik, zat beli, vitamin C, Vitamin D, kalsium, mineral dan multivitamin. Kalsium, omega-3, serat dan makanan tambahan yang sihat bagus untuk ibu dan bayi.
Berhenti merokok / vape, jika sebelum ini begitu. Kerana ia berbahaya pada ibu dan pada kandungan. Asapnya berisiko kepada kesihatan. Semoga para ibu hamil serta suami peka hal ini.
#jangankerjaberat
#makanmakananberkhasiat
#suplementikutnasihatdoktor
#berhentimerokok
#rehatyangcukup
#jagasop
#pakaimask
#semogadihindaricovid19
Saya doakan agar tiap yang berumahtangga memperolehi cahaya mata soleh solehah. Membesar sihat, cergas serta mentaati kedua ibu-bapa. Aamiin.
Dah Booking Pakej Urut Pantang Sebagai Persediaan Tempoh Berpantang? Open Booking Jun - Disember 2021. Klik Sini


