![]() |
Kacip Fatimah bagus untuk para wanita untuk penjagaan selepas bersalin. Secara tradisinya, ia berfungsi untuk mengekalkan sistem peranakan wanita yang sihat.
Bahagian Intim makin ketat dan menjadi rahsia pengikat kemesraan hubungan suami isteri. Insha-Allah suami bertambah erat...
Ya, kacip Fatimah kaya dengan "phytoestroge" dan "isoflavones" yang mana bahan tersebut membantu melegakan gejala menopous.
Jika wanita alami masalah lemah tenaga, Khasiat dan kegunaan kacip fatimah yang seterusnya ialah ia mampu memberikan tenaga kepada kaum wanita. Jika anda kepenatan dan berasa lesu, meminum air rebusan akar fatimah adalah sangat membantu.
Hajat di hati nak cari tukang urut selepas bersalin? Ok, Boleh rujuk sini...
Ciri-ciri Tumbuhan : Merupakan herba renek dengan rizomnya menjalar. Daunnya yang keluar sedikit lurus serta warnanya hijau tua. Jika di tempat tedu, tepi daunnya berwarna hijau muda. Tangkai daun agak pendek dan berbentuk sedikit leper
Batangnya tumbuh tegak, berwarna perang dan mempunyai bekas daun (parut) yang nampak dengan jelas. Parut tersebut mampu mengeluarkan akar dan akar boleh kelihatan menonjol keluar dari parut lama.
Ok, antara senarai khasiat Kacip Fatimah insha-Allah membantu:
- Kacip Fatimah Mencegah pembiakkan sel prakanser
- Kacip Fatimah Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
- Kacip Fatimah Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
- Kacip Fatimah Melewatkan proses penuaan.
- Kacip Fatimah Masalah keputihan
- Kacip Fatimah Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan.
- Kacip Fatimah Melancarkan proses kelahiran bayi.
- Kacip Fatimah Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
- Kacip Fatimah Membantu dalam pengecutan rahim
- Kacip Fatimah Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot.
- Kacip Fatimah Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus
- Kacip Fatimah mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- Kacip Fatimah Mengurangkan simptom sakit buasir, penyakit sendi dengan membaikpulihkan peredaran darah sekaligus mengurangkan kesakitan di sendi dan otot.
- Kacip Fatimah Menyeimbangkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan.
- Kacip Fatimah Mengembalikan rambut yang sudah rosak.

