Mandian herba untuk ibu selepas bersalin. Rahsia Tubuh Segar... ☺

Mandi herba mempunyai nilai manfaat yang baik kepada tubuh badan. Oleh sebab itu, masyarakat kita tidak meninggalkan tradisi ini.

Macamana? Baiklah mandian herba ibu selepas bersalin ini ialah rebusan daripada bahan-bahan rempah ratus dan daun-daun herba yang terpilih. 

Mandian herba untuk ibu selepas bersalin

Daun lengkuas, daun mengkudu, daun pandan, daun sirih, daun halia, daun inai, daun kunyit, daun limau purut, serai, limau purut, sedikit campuran halba dan kulit kayu manis

Ia sangat baik kepada ibu selepas bersalin mahupun wanita-wanita biasa


1. Badan jadi segar

Mandian ini berfungsi sebagai aromaterapi. Rasa tenang dan lebih bertenaga selepas banyak tenaga dihabiskan selepas melahirkan.

Di samping itu secara tidak langsung turut membantu menghilangkan stress atau rasa lemah badan kerana kurang tidur menjaga bayi waktu malam


2. Buang angin yang terkumpul

Pengguna daun dan herba dalam ramuan mandian herba, menyahkan angin dalam badan


3. Darah dan pengaliran susu semakin lancar

Amalan mandi herba dilakukan selepas proses berurut dan bertuam seluruh tubuh. 

Secara tidak langsung, ini merupakan penutup kepada proses untuk melancarkan pengaliran darah ibu berpantang melalui air yang meresap ke dalam liang roma

Apabila darah lancar, badan semakin cergas dan segar. Best! Hormon badan semakin teratur.


4. Atasi bau badan

Ada sesetengah ibu hamil mengalami masalah bau badan kesan daripada perubahan hormon. Sampai kekadang ia berlarutan hingga selepas kelahiran.

Mandian herba ini membantu memberikan aroma wangi yang segar dari bahan semula jadi dari herba dan dau terpilih.


5. Menolong meringankan urat saraf otot yang tegang

Sepanjang tempoh berpantang, setelah melalui proses cara berpantang yang tepat, tambahan dengan mandian herba, insha-Allah tenaga dalaman dan luar para ibu semakin kuat. Badan yang penat semakin lega!


Insha-Allah memang terasa segar, cergas bertenaga! Ada dalam pakej urut pantang yang kami tawarkan. Semak pakej? Klik sini