Persiapan keperluan bersalin untuk dibawa ke hospital untuk melahirkan nanti

Persiapan keperluan bersalin


Insha-Allah senarai cadangan berikut membantu ibu hamil yang bakal melahirkan tak lama lagi. Kebiasaanya, sebulan atau 3 minggu akan melahirkan persediaan ini sudah ada.. 

Berikut ialah sebagai persediaan untuk dibawa sewaktu hari bersalin ke Hospital

Ibu

  • Baju yang selesa/Baju Nursing (2-3 Pasang)
  • Sandal toilet 1 pasang
  • Tudung sarung kerana ia mudah 2 helai
  • Kain batik / skirt (2 atau 3 helai)
  • Stokin tebal 2 3 pasang
  • Seluar dalam pakai buang
  • Nursing Bra
  • Nursing Pad
  • Nursing Cover
  • Toileteries
  • Maternity pad saiz lebar
  • Towel
  • Sarung Lengan
  • Buku Pink paling utama
  • Nursing Pillow (sekiranya perlu utk mudahkan menyusu)
  • Mask #kitajagakita


Bakal bayi

  • Pampers pakai buang (20 keping)
  • Kain lampin 3 hinga 4 helai
  • Baju lengan panjang atau pendek & seluar 3 pasang
  • Barut 5 helai
  • Toiletriest (Head to toe wash)
  • Tuala baby
  • Topi baby
  • Bantal baby
  • Sarung kain & tangan
  • Tuala kecil (sapu tangan)
  • Minyak telon


Bakul 

  • Thermos air panas
  • Air  masak
  • Kurma
  • Cawan & Sudu
  • Roti / Biskut / Oat
  • Milo / Nestum 3 in 1 / Air Tamar coco
  • Set Berpantang
  •  - Bengkung
  •  - Minyak urut /minyak panas
  •  - Beg bantal panas (untuk bertungku)

Nota Pesanan : Sekiranya Ada tambahan mengikut keperluan, boleh prepare sebagai persiapan lengkap. Didoakan semoga lancar segalanya. 

Tahniah buat kalian suami isteri! Alhamdulillah atas zuriat penyambung generasi........

Boleh Booking Pakej Urut Pantang Sebagai Persediaan Melalui Proses Berpantang Juga.. Jom Pilih Pakej. KLIK SINI

Semoga bakal ibu bertenang, banyakkan doa... Insha-Allah semua baik-baik sahaja. Semoga ibu dan si comel selamat dan sihat-sihat selalu.. Aamiin...

Untuk suami, boleh beri kata-kata positif dan semangat kepada isteri selalu. Jangan Lupa Ucapkan Terima Kasih kepada isteri kerana bertarung nyawa membawa bayi anda selama 9 bulan 10 hari...Doakan yang baik-baik...

Selamat berbahagia Untuk Kalian!