Biasa bertungku tak sebelum ini? Untuk para isteri yang dah bersalin, in sha Allah dah lalui pengalaman. ❤☺
Juga, ada sesetengah wanita yang belum berkahwin suka bertungku. Memang best sebenarnya...'time period'...khususnya
![]() |
Bertungku? Ya.. Badan terasa hangat! Dan banyak kesan baiknya..Alhamdulillah
Rawatan wanita tradisional dalam pakej urut pantang merangkumi amalan ini kerana ia sangat bagus! Ya, dengan cara betul, in shaAllah kesan sebelum dan selepas bertungku memang terasa.
Badan rasa lemah selepas banyak tenaga habis waktu proses bersalin. Insha-Allah amalan bertungku membantu
- Memulihkan tenaga
- Mengubat luka peranakan
- Membuang angin
- Membetulkan / mengecutkan urat
- Segarkan badan
Bertungku biasanya dibuat selepas ibu selesai diurut di awal pagi atau petang. Antara 30 hingga 45 minit
Boleh dilakukan sambil berbaring dengan cara tungku ditekan perlahan-lahan di sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari (bawah pusat dan di atas perut iaitu bawah payudara)
Kawasan yang memberi kesan baik juga ialah sekitar tapak kaki serta tumit perlu ditungku.
Bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak, belakang badan dan belikat
*bagi yang bersalin cara pembedahan, tunggu sampai luka pulih sebelum lalui proses bertungku untuk bahagian jahitan. Tempat yang tak, bole bertungku...

