Ibu kunyit berkhasiat. Tak rugi jika menanamnya...

Tak hanya diguna untuk memasak, yang memang menambah aroma masakan, tahukah anda ibu kunyit banyak manfaat antaranya, insha-Allah


Menghilangkan rasa loya / mual dari kandungan kurkumin yang ada di dalamnya menjadi fungsi hal ini


Campur ibu kunyit + lada hitam. Kandungan piperin pada lada hitam akan mempercepatkan proses penyerapan kurkumin ke dalam aliran darah


Kembung Perut?


Ya, cuba ibu kunyit. Kandungan kurkumin juga dapat melancarkan pergerakan otot-otot pencernaan dalam perut.

Ia mengurangkan tekanan angin / gas dalam perut


 Ibu kunyit Boleh ditanam Secara Langsung di tanah atau boleh juga dalam polybag


Demam, sakit gigi 
pun insha-Allah reda.
 ibu kunyit membantu menurunkan tekanan darah pada tubuh.


Daya tahan tubuh meningkat dengan cara cuba amalkan jus ibu kunyit atau makanan berbumbu ibu kunyit.


Dipercaya, ia turut membantu menyimbangkan gula dalam darah untuk penyakit diabetes. Kurimin di dalamnya mampu meningkatkan insulin, membuat gejala diabetes mudah diatasi.


Berita baik... ☺ Ia bermanfaat juga untuk kecantikan ❤ Ada juga para pengusaha kecantikan mengaplikasikan ibu kunyit dalam produk mereka.


Ya, ia bagus. Jika ada bintik-bintik hitam pada wajah. Cuba kaedah ini. 

Selepas diblend atau tumbuk halus, campur minyak kelapa, jadikan masker, sapu pada wajah. Tunggu sehingga 10 minit, baru bilas dengan air suam.


Sebagai antiseptik pada kulit. Jika alami luka kecil, cuba sapu ibu kunyit. Ia sebagai pembasmi kuman


Wajah lebih berseri! Jerawat, jeragat, kulit kusam insha-Allah berkurang. Kulit licin lebih halus. Kulit jadi lebih cerah.


Secara umum juga, untuk para wanita ibu kunyit berkesan untuk

  • Melancarkan haid
  • Mengecutkan rahim selepas bersalin
  • Melancarkan peredaran darah

Alhamdulillah, memang ibu kunyit bermanfaat! Jangan Lupa Share Link Blog Ini... ❤☺



PAKEJ URUT PANTANG

Anda sendiri, isteri anda atau ada kenalan, saudara-mara sedang cari pakej urut pantang? Boleh rujuk di sini.. KLIK untuk info lanjut