Khasiat lengkuas untuk hilangkan parut, jeragat pun bole! Bukan hanya itu.. tapi,

Masak ikan singgang mesti ada lengkuas (Terengganu). Memang sedap! Ok, berbalik pada kisah lengkuas, lengkuas tak hanya menambah aroma masakan, tetapi berkhasiat untuk kesihatan.

Khasiat lengkuas


Kaya Anti Oksidan


Sebagai anti oksidan membantu melawan penyakit dan sel-sel tubuh terlindung daripada rosak kerana radikal bebas. Di dalam lengkuas mengandungi vitamin C, alpin dan galangin yang dikatakan ada di dalamnya berpotensi meningkatkan kekebalan tubuh.


Dikatakan juga sangat membantu merawat demam, lemah tenaga batin, bronkitis (bengkak pada tiub udara di kerongkong) dyspepsia (ketidakhaman makanan) dan diabetes (kencing manis)


Merangsang aktiviti pencernaan dalam perut juga.


Kulit ada infeksi? 

Cubalah lengkuas. Vitamin C yang ada dalam lengkuas dikatakan berperanan untuk meremajakan sel-sel kulit dan anti penuaan.


Lagi? 


Ok, dikatakan jus lengkuas jika disapu pada kulit terbakar, ini melengakan rasa sakit dan sebagai ikhtiar sembuhkan kulit terbakar.



Pakej_urut_pantang_ada_di_sini. Anda sedang mencari kat mana nak mengurut waktu pantang? Boleh rujuk sini..




Wow! Boleh guna untuk kurangkan parut....

Gosokkan hirisan lengkuas segar pada kulit lebih kurang 2 - 3 kali tiap hari. 


Jeragat adalah satu masalah? Cuba lengkuas. Ia sebagai penentang semula jadi dan bersihkan bakteria pada kulit.


Ada masalah rambut rapuh dan kering pun boleh. 

Gunakan minyak lengkuas, kerana ia mengandungi vitamin, zink dan fosforus yang diperlukan agar rambut lebih bersinar


Melancarkan peraliran darah dan membantu untuk menjaga jantung


Dikatakan juga, dengan mengunyah beberapa hiris lengkuas segar juga boleh menghilangkan cirit-birit


Tanam Lengkuas? Ya, ia mudah hidup dan selalunya ditanam di sekitar rumah