Lulur digunakan sebelum atau sesudah mandi?



Skrub atau lulur? Pasti pernah dengar, dan dah selalu buat juga? Bagus mandi guna scrub sebenarnya.


Mandi lulur ialah bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit.Kulit mati yang tanggal menjadikan kulit kusam lebih segar, menjadi lebih cerah.


Siapa yang boleh mandi lulur?


Ia sebenarnya boleh untuk lelaki atau wanita. Secara khususnya ia sangat bermanfaat untuk wanita selepas bersalin


Segar!


Ya, pori-pori kulit yang mendapat rangsangan positif dari proses lulur membantu kulit bernafas ke lapisan lebih dalam.


Nak awet Muda? Cubalah amalkan mandi lulur. Kulit makin anjal dan semakin sihat. Maka, kiranya ramai yang mengatakan mandi lulur adalah antara cara nak awet muda, itu ada benarnya.


Bau badan hilang. Peluh-peluh yang melekat contoh paling mudah menyebabkan badan berbau ialah ketiak.Gosokan mandi lulur pada tubuh menghindari bau yang menyebabkan orang lain kurang senang


Camana nak buat skrub / lulur ni?


Ok, ada beberapa cara


1) Lulur tradisional


Tumbuk beras sekali daun siri, halba, akar wangi, jintan manis, halia, kunyit, kunyit kasturi & daun mengkudu. Tumbuk sampai halus dan menjadi serbuk. 


2) Skrub Buah-buahan


Senang je, hancurkan betik, sengkuang, strawbery, timun, pisang tambah gula. Gula ini akan bertindak membantu proses pengelupasan kulit dengan lebih berkesan


3) Biji kopi!


Ya, bole juga guna biji kopi. Tumbukkan beberapa biji kopi sehingga halus. Bau badan yang tak enak tu insha-Allah keluar. Tubuh jadi makin segar kerana bersih sampai lebih dalam.


Ok, macamana nak guna?


Setelah menyediakan mana-mana skrub kat atas ni, campur sedikit air pada bahan-bahan tadi dan sapu pada badan semasa mandi. Jika nak sapu sebelum atau selepas pun boleh.


Lakukan beberapa kali dalam sebulan, antara 1 hingga 2 kali seminggu atau ikut selang waktu yang sesuai untuk mendapatkan kebaikan lulur ini.


Elakkan buat setiap hari, agar lapisan pelindung kulit tak turut sama menggelupas bersama pigmen kulit khasnya jika anda yang punyai masalah kulit agak sensitif, maka hal ini menyebabkan iritasi.


Kesimpulannya, Lakukan dengan kadar yang sesuai...hasilnya pun memuaskan. Insha-Allah anda pasti gembira.


Mandi Lulur Best! Badan segar, rasa makin bertenaga, rasa lebih berkeyakinan!


_Pakej_Urut_Pantang_Klik_Sini