Pakaikan barut untuk bayi ada manfaatnya...

Pakaikan barut bayi


Bayi dipakaikan barut, bukan hal baru. Sejak dulu-dulu lagi, ia adalah satu tradisi. Mak-mak dahulu cakap, pakai barut taknak angin masuk dan jadikan perut bayi kembung..


Ya, Pakaikan barut biasanya adalah untuk bayi dari usia 2 hari sampai 7 bulan


Manfaat bayi dibarut, antaranya :

  • Menambah kehangatan dan mengelakkan bayi sejuk terutamanya pada hari hujan.
  • Bayi pakai barut juga tak untuk elakkan gigitan semut atau serangga kecil lain.
  • Mengelakkan kembung
  • Kuatkan tukang belakang dan tulang rusuk
  • Mengelakkan terseliuh dan terkehal

Pilih material yang sesuai (Kain Kapas lembut) dan jangan dipakaikan terlalu ketat supaya bayi dapat bernafas dengan selesa dan untuk mengelakkan kulit bayi terasa pedih kerana kulit bayi masih lembut. 


Bayi tidur lena, kerana mereka selesa rasa tak terganggu. Bayi kekadang menangis? Ok, boleh jugak semak bahagian barut.


Jika tali pusat belum tanggal, jangan tutup kerana boleh menyebabkan tali pusat lembap. Boleh jadi ia akan menyebabkan bakteria juga.


pakaikan barut bayi

Di pasaran sekarang pelbagai corak dan warna kain barut bayi. Berbanding dulu-dulu, ibu-ibu jahit sendiri, sekarang...Alhamdulillah serba serbi mudah. ☺


Semoga bayi anda sihat, selesa, membesar cergas dan cerdas!

.

.

Sedang Hamil?

Insha-Allah, tak da halangan, untuk ibu yang bakal bersalin, boleh tempah pakej urut pantang disini.

#semogacovid19berakhir

#sihatsejahtera

#doakanbaikbaik